Jan 4, 2009

terKENANG ku PALESTINE




GUGURNYA SEORANG MUJAHID MAKA LAHIR LAH LAGI 1000 MUJAHID YANG AKAN MENERUKAN PERJUANGAN UNTUK MENENTANG APAJUA PENINDASAN TERHADAP ISLAM......
MESKIPUN KAMI DI GANTUNG DI TALI GANTUNG,MESKIPUN DARAH KAMI MEMENUHI JALANAN,MESKIPUN DARAH KAMI MEMENUHI JALANAN,MESKIPUN NYAWA KAMI BERCERAI DARI TUBUH,KAMI TIDAK AKAN TUNDUK DAN MENYERAH.DEMI KEMERDEKAAN PALESTINE DAN KEBEBASAN AL QUDS!
DAN KAMI BERJANJI YANG GAZA TIDAK AKAN TUMBANG KE LUBANG KEHINAAN,MENYERAH ATAU TUMBANG

WAHAI PARA MUSLIMIN SEKALIAN,ADAKAH KITA HANYA DIAM SERIBU BAHASA SAHAJA MELIHAT KEKEJAMAN REJIM ZIONIS YANG MENYERANG SAUDARA2 KITA SEWENANG-WENANGNYA,WAHAI PARA MUSLIMIN...DI SAAT INI SAUDARA2 MU DI PALESTINE AMAT MEMERLUKAN BANTUAN MU,TETAPI APAKAH YANG KAMU MAMPU BERIKAN...ATAU HANYA UCAPAN KASIHAN SAHAJA??? BANTULAH SAUDARAMU INI DENGAN IKHLAS,CONTOHNYA SEPERTI

  • BERDOA UNTUK KESELAMATAN SAUDARA2 KITA DI PALESTINE
  • BANTUAN DARI SEGI KEWANGAN UNTUK MEMBELI UBAT-UBATAN
  • BANTUAN DARI SEGI PAKAIAN UNTUK SEPERSALINAN SAUDARA2 KITA DI SANA
  • MENJADI TENAGA SUKARELAWAN BANTUAN KEMANUSIAN DI PALESTINE
  • ATAU APA2 JENIS BANTUAN LAGI YANG BOLEH MERINGANKAN NASIB SAUDARA2 KITA DI PALESTINE INSYALLAH
  • SELAIN ITU INGAT MENGINGATI SESAMA MUSLIMIN AKAN NASIB SAUDARA2 KITA DI PALESTINE

DAN PASTIKAN BANTUAN YANG DI SALURAN ITU MELALUI SALURAN YANG BETUL AGAR MENGELAK DARI BANTUAN ITU DI SELEWENGI OLEH ORANG YANG TIDAK BERTANGGUNJAWAB UNTUK MENGAMBIL KESEMPATAN DARI PERKARA INI,DAN SEMOGA SEGALA APA YANG KITA LAKUKAN INI MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH S.W.T DAN NASIB SAUDARA2 KITA DI PALESTINE TERBELA......AMIN

Dec 27, 2008

FIKIR kan lah

Teman, Mungkin sekali kita leka.. Sekali pernah terlepas dari genggaman.. Ucapan 'Ooopps' mendahuui 'Ya Allah'.. Bila perut kenyang.. Ucapan 'Haa kenyangnya' mendahului 'Alhamduliilah' .. Bila diri terpegun akan keindahan.. Ucapan 'Subhanallah' ditutup oleh 'Wah cantiknya'.. Bila dikunjungi berita malang.. Ucapan 'Kasihannya' terucap kerana Kita lupa kepada kalimah.. Innalillah Hiwa Innalillah Hirajiuun.. Kadangkala kita lupa kerana terbiasa.. Tapi ingatlah.. Agar bila Izrail datang membawa berita.. Biarlah kalimah LAILAHAILALLAH menjadi juara.

Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran, hiduplah dalam Iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tak kelihatan...Bukti kasihNya,kita wujud didunia pinjaman ini. Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya yang mengakui keimanan kepadaNya. Jangan terlalu banyak berkhayal untuk jadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu, perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi...Moga lelahmu dihargai Ilahi walau dicemuh insani =)

AIR MATA KEINSAFAN

APA KAH YANG BERMAIN DI MINDA KITA SEMUA??? ADAKAH VIDEO INI HANYA MEMBUAT KITA TERTAWA,MENANGIS,ATAU TERBLUR...........

Dec 26, 2008

RENUNGAN bersama


Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah. Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.
Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kea lam berumahtangga. Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu. Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya. Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.
Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi. Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada. Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.
Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai. Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.

“Bersahabat dengan penjual minyak wangi,
kita akan menerima percikkan wangiannya,
manakala bersahabat dengan tukang besi,
percikkan apinya akan mencarikkan baju kita.”

seJENAK berfiKIR

Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya mengharapkan sebuah kereta sport daripada ayahnya...lantas, si pemuda memberitahu hajatnya kepada ayahnya, seorang hartawan yang ternama...si ayah hanya tersenyum... si anak bertambah yakin, andai keputusan peperiksaannya begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi miliknya..
Beberapa bulan berlalu...ternyata si anak, dengan berkat kesungguhannya. .telah beroleh kejayaan yang cukupcemerlang..hatinya berbunga keriangan... satu hari...si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya..si ayah memuji anaknya...sambil menyatakan betapa bangga hati seorang bapa sepertinya dgn kejayaan si anak yang cukup cemerlang... si anak tersenyum puas...di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport merah yang selama ini menjadi idamannya itu...si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuahkotak yang berbungkus rapi dan cantik...si anak terkesima... sungguh.. .bukan itu yg kuhajatkan.. .dengan hati yang berat...kotak itu bertukar tangan...matanya terarah kepada riak wajah ayahnya...yg tidak menunjukkan sebarang perubahan seolah2 tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang di hatinya....
Dalam pada itu, si anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak itu...penutup kotak dibuka...apa makna semua ini???..sebuah Al-Quran kecil comel dgn cover kulit..tinta emas menghiasi tulisan khat di mukahadapan...si anak memandang ayahnya...terasa dirinya dipermainkan. ..amarahnya membuak...nafsu mudanya bergelojak.. . ayah sengaja mempermainkan saya...ayah bukannya x tahu betapa saya menyukai kereta tu...bukannya ayah x mampu utk membelikannya. ..sudah ayah...bukan al-Quran ni yang saya nak...katanya keras...al-quran itu dihempaskan ke atas meja bacaan...si anak terus meninggalkan si ayah..tanpa memberi walau sesa'at utk si ayah bersuara...pakaiann ya disumbatkan ke dalam beg..lantas, dia meninggalkan banglo mewah ayahnya...memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah yg dimilikinya. ...
10 tahun berlalu..si anak kini merupakan seorang yang berharta...punyai syarikat sendiri...dengan isteri yg cantik dan anak-anak yang sihat...cukup membahagiakan. ..namun hatinya tersentuh...
Sudah 10 tahun..sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk ayahnya...sedang dia berkira2 hari...telefonnya berdering... dari peguam ayahnya...ayahnya meninggal dunia semalam...dengan mewariskansemua hartanya kepada si anak...si anak diminta pulang untuk menyelesaikan segala yg berkaitan perwarisan harta...Dan buat pertama kalinya setelah dia bergelar bapa...si anak pulang ke banglo ayahnya...memerhati kanbanglo yg menyimpan 1001 nostalgia dlm hidupnya...hatinya sebak..bertambah sebak apabila mendapati di atas meja di bilik bacaannya... al-quran yang di hempaskannya masih lagi setia berada di situ...bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan kepulangannya selama ini...perlahan2 langkahnya menuju ke situ .......mengambil al-quran itu..membelek2- nya dengan penuh keharuan...tiba- tiba...jatuh sesuatu darial-quran itu...segugus kunci...di muka belakang al-quran itu...sebuah sampul surat ternyata diselotepkan disitu...
Kunci itu segera dipungut...hatinya tertanya-tanya. ..nyata sekali...di dalam sampul surat itu...terdapat resit pembelian kereta idamannya... dibeli pada hari konvokesyennya. .. Dengan bayaran yg telah dilunaskan oleh si ayah... sepucuk warkah..tulisan tangan org yg amat dikenalinya selama ini..hadiah teristimewa utk puterakesayanganku. ...air mata si anak menitis deras...hatinya bagai ditusuk sembilu..penyesalan mula bertandang.. .namun semuanya sudah terlambat...
Sekadar renungan bersama: berapa banyak kita melupakan nikmat Allah, hanya semata-mata kerananikmat itu tidak "dibungkus", didatangkan atau diberi dalam keadaan yg kita hajati???
wallahu'alam

INGATAN bersama

Byk mata yg t'jaga,byk pula yg t'tidur lelap..memikirkan p'soalan yg sudah atau akn t'jadi.Tingglknlah rasa duka semampumu krn memikul beban duka boleh m'buatmu gila.Kelmarin,Allah telah menolongmu..Percayalah besok pun Dia masih akn tetap menolongmu" wasiat Imam Syafi'e

seKUFU

Siapa itu Kasim Selamat? Loyar? Majisterit?” “Ahli muzik, mak…” “Pantang keturunan aku ahli muzik!” Dialog ini mungkin jarang kita dengar dalam kalangan masyarakat hari ini. Tetapi, tempiasnya dapat dirasakan terutamanya apabila ada rombongan membawa sireh pinang dan cincin sebentuk. Soalan yang sering ditanya kepada kepala rombongan… “Dia kerja apa? kat mana?” dll. Jarang yang ‘berani’ bertanya… “Dia tahu sembahyang tak? puasa pernah tinggal? dah berapa kali khatam al-Quran?” dan lain-lain. Percayalah, kalau ini yang ditanya, pasti merah padam anggota rombongan yang masuk meminang. Silap hari bulan, terus angkat punggung kerana menganggap soalan itu ‘menghina’ (???) si teruna. Balik kepada persoalan sekufu. Apa sebenarnya sekufu? Para fuqaha telah berbahas panjang lebar tentang isu kufu. Perkataan kufu pada asalnya bermaksud ’sama’. Dalam hal ini, banyak fuqaha berpandangan bahawa tidak harus seorang wali mengahwinkan anak perempuannya dengan lelaki yang tidak sekufu, kecualilah jika si anak itu bersetuju. Kita sering melihat kufu pada gaji, pekerjaan, keturunan, ijazah dan yang seumpamanya. Maka, jika si anak dara balik dari luar negara, maka kalau boleh biarlah si teruna paling ‘koman’ pun ada ijazah dari U tempatan. Kalau setakat diploma, “Minta maaflah ya, anak saya belum sedia untuk dilangsungkan!”, begitulah helah yang mungkin dikata. Hakikatnya, kufu bukan sahaja dilihat pada harta benda, malah ia boleh dilihat dari segi agama, iffah, keturunan, ketaqwaan kepada Allah s.w.t, akhlak dan lain-lain. Kufu dari segi agama: kedua-duanya sama seagama. Kufu dari segi iffah (terpelihara dari segala amalan yang haram dalam pergaulan harian): kedua-duanya berakhlak mulia dan dari keluarga yang baik (maksudnya, mengambil berat tentang agama) Kufu dari segi keturunan: seperti sama sebangsa Kufu dari segi ketaatan dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t. Inilah jenis kufu yang perlu dititikberatkan oleh wali dan bakal pengantin. Ini kerana ketaatan dan ketaqwaan akan menjamin rumahtangga bahagia. Pasangan yang diijabkabulkan dengan keimanan tahu tanggungjawab masing-masing. Tidak timbul masalah pengabaian nafkah. Tidak timbul masalah dera mendera. Tidak terjadi suami main kayu tiga. Tidak terabai pendidikan dan makan pakai anak-anak. Tidak ada rungutan dan cemuhan dari isteri jika suami tidak mampu menyediakan banglo dan lauk enak setiap hari. Semuanya berjalan dengan tenang, sabar dan penuh kesyukuran. Alangkah indahnya perkahwinan jika setiap akad nikah diasaskan dengan wawasan baitul muslim! “Bersahabat dengan penjual minyak wangi,kita akan menerima percikkan wangiannya,manakala bersahabat dengan tukang besi,percikkan apinya akan mencarikkan baju kita.”